Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2010

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H / 2010M

Klik dan save untuk download jadual waktu imsak dan berbuka puasa:

BIL NEGERI ZON
1 MELAKA MELAKA
2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5 SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6 TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7 KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8 SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9 PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10 WILAYAH

PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA
LABUAN
11 PERLIS PERLIS
12 NEGERI SEMBILAN ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
13 KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
14 PULAU PINANG PULAU PINANG

Kembara Mahkota Johor 2010 – Sawah Sagil










Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu. Kembara mahkota Johor 2010 dengan keretapi dan motorsikal berkuasa tinggi singgah di Sawah Sagil, Ayer Hitam pada 8 Ogos 2010

Sawah Sagil adalah salah satu persinggahan dalam lawatan beliau untuk untuk mendekatkan diri dengan rakyat jelata. Baginda mencemar duli melawati kawasan sawah padi yang diusahakan penduduk berpuluh tahun lamanya. Antara aktiviti yang sempat baginda jalankan adalah menuai padi dengan mesin New Holland, membanting padi dan menampi padi. Ribuan rakyat jelata menyaksikan baginda dengan sorak gembira.

Persediaan dijalankan lebih seminggu oleh penduduk kampung dan pemimpin membuahkan kepuasan bagi bagina dan sekelian rakyat jelata. Selain dapat bertemu sultan yang disayangi, penduduk dapat merasai kenikmatan jalan raya diturap semula dan baru, sambungan elektrik ke rumah-rumah terpencil, bertemu pemimpin-pemimpin besar meluahkan pendapat, pokok-pokok bunga menghiasi kampung, bantuan benih padi dan bantuan kepada pesawah.

Baginda menjamah santapan tengah hari yang disediakan oleh penduduk kampung seperti ketupat palas dan rendang daging yang disediakan oleh penduduk tempatan yang berasal dari Kedah. Baginda bersama rombongan seterusnya berangkat ke Kahang dan seterusnye Mersing pula untuk hari ni. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kesudian Yang Dipertuan Agung mencemar duli singgah ke kampung kami. Daulat Tuanku!Buy traffic